Monday, 21 December 2015

MALAM CITRA SENI UKM

Assalamualaikum!

Semalam merupakan malam citra seni ukm. Malam citra seni diadakan untuk menilai prestasi pelajar citra kebudayaan. Penilaian dibuat berdasarkan persembahan. Aku sebagai seorang pelajar citra dikir barat turut membuat persembahan.Pembukaan majlis memang meriah dengan persembahan tarian moden. Lightning dekat DECTAR memang lawa gile, thanks to pengurusan seni and teknikal. Korang dah bersusah payah. Pelajar dikir barat memang tak balik kolej start pukul 2pm sampailah habis persembahan. Baju sponsor lawa, thanks to senior yang turut membantu dalam pemakaian samping. Lain yang suruh dibuat, lain pulak jadinya. Persembahan malam tu, jujur aku tak nervous langsung sebab joke tok jogho and awak2 lelaki sekalian. Aku rasa enjoy and congratulations guys.


PUT YOUR LIPBALM TO COVER YOUR PALENESS!

EPILOG

Assalamualaikum!

Harini hari last class sir azzwan . So, sempena tu aku nak cerita serba sedikit pasal epilog. Epilog ni apa? Epilog ialah tulisan diakhir sebuah karya kreatif.Selalunya boleh dapat dekat dalam novel. Malah  ada juga penulis menggunakan epilog untuk menceritakan apa yang terjadi setelah tamatnya sesebuah cerita. Kalau takde epilog ni. Korang taktau ending sesuatu cerita tu. Epilog boleh disifatkan sebagai penutup dalam buku ilmiah. Pasal apps com sir Azzwan ni, bukan berakhir di sini je. InsyaALLAH , next sem aku still lagi dalam class dia. Kerana kesensitifan dialah aku belajar kea rah kesempurnaan.Lastly,  Apps Com tetap di hati.


PUT YOUR LIPBALM TO COVER YOUR PALENESS!

Monday, 14 December 2015

PROLOG

ASSALAMUALAIKUM!


What is PROLOG? Prolog adalah pembukaan sesebuah cerita. Prolog ni kita boleh jumpa dalam novel. Siapa yang fanatic novel wajib tahu.(hehehe) Prolog ni bagi kita hint latar cerita secara naratif. Boleh juga dikatakan sebagai Pendahuluan dalam buku ilmiah. Prolog ni bukan dalam novel je, dalam buku bukan fiksyen pun ada jugak. Nak tahu lebih jelas, disini saya sertakan satu contoh. “Dunia ini terasa berhenti, ketika Aku harus siap menerima kenyataan pahit, memiliki seorang ayah dengan keadaan cacat.Ku ingin Ayah lebih sempurna, seseorang yang tak cacat, seperti Ayahnya semua orang. Seorang ayah yang dapat mendengar harapanku dan kekhawatiranku. Disini, di rumah petakku, aku hanya tinggal berdua dengan ayah, sesudah kemaian ibuku beberapa tahun yang lalu.”(by GOOGLE) Prolog hanya dekat first ayat dekat first page. Bukan first ayat setiap paragraph. Bila kita baca prolog ni , kita senang nak faham permulaan novel tu. Kalau prolog ni takde, so korang tak tahulah permulaan sesuatu cerita tu.



PUT YOUR LIPBALM TO COVER YOUR PALENESS!

Had

Assalamualaikum!


Pernah tak korang menentukan had untuk berkawan dengan seseorang? Selalunya, seseorang akan menentukan had apabila berkawan dengan berlainan gender. Tapi, dalam dunia ni, ada jugak manusia yang menentukan had apabila berkawan dengan kaum sendiri. Hanya nak berkawan dengan someone yang rupawan, hartawan. WHAT! Tapi, bila kau susah orang yang miskin dan hodoh tulah berada di samping kau. Statement ini bukan ditujukan kepada sesiapa, tetapi sebagai pengajaran dan teladan kepada semua. Tak salahkan berkawan dengan orang jenis apapun. Buanglah, sikap racist dalam diri tuh. Memanglah orang cakap, kena pandai dalam memilih kawan, tapi bukan dalam situasi begini. Carilah kawan, yang mengajar kau erti kejayaan bukannya kegagalan. Kalau kita tengok zaman sekarang nih, ramai orang yang berpendapatan rendah lebih berpengetahuan daripada golongan berada. Bukannya aku melarang untuk berkawan dengan golongan hartawan, tetapi berkawanlah dengan semua orang dan contohilah golongan yang membimbing engkau ke arah masa depan yang cerah.


PUT YOUR LIPBALM TO COVER YOUR PALENESS!

Wednesday, 2 December 2015

Final

Assalamualaikum!

Exam around the corner guys, for degree students. So far, macam mana preparation for final.Aku? Answer: I don't even start.(hectic life guys) Bila sampai je kat bilik, dah nampak dah kenikmatan bantal empuk + katil yang gebu memanggil. Life kat matriculation dengan university ni,absolutely different guys.Kalau nak dapat dean list kenalah berusaha.So,jom ramai2 start struggle tonight. DOWNLOAD apps countdown dekat smartphone korang.InsyaAllah membantu.LAstly, jaga hubungan dengan Allah,parents,friends,lecturer and alam haha. Bonne Chance guys!

PUT YOUR LIPBALM TO COVER YOIR PALENESS!

Nak Sepak

Assalamualaikum!

Hye bloggers, kasar kan post entry aku kali ni, bukan apa ,nak buat rusuhan 1st year la pulak kat ukm ni(haha).Pasai pa ngan Wi-Fi ni weh , boleh connect tapi connection error je, pak dia. Dulu janji bulan Disember dah ade wifi, nak kuatkan network kat bagunan pentadbiran.Sekarang, hanya habuk-habuk bertebangan! Bulan Februari? Dah masuk semester dua,baru nak ada wifi. Kalau takde jugak nak buat apa? Kalau tak boleh buat jangan berjanji .


PUT YOUR LIPBALM TO COVER YOUR PALENESS!

Thursday, 26 November 2015

PERKAHWINAN

ASSALAMUALAIKUM!

Perkahwinan ni  merupakan terjalin hubungan halal antara seorang lelaki dan perempuan. Tajuk ni muncul dalam kepala otak aku, bila kawan-kawan aku mention wedding last night. Nak buat beach weddingla, pool weddingla garden la, kau ingat kau mat salleh. Ikut adat resam melayula. Kawan aku ada tanya, bila nak kahwin? Aku rase umur yang paling sesuai 27 maybe, tu baru nak cari calon haha.
1st nak belajar.Then , kerja, kumpul duit beli rumah beli kereta. Haha banyak kan nak beli. Ada jugak tanya nak cari calon suami yang mana. Aku suka someone yang kulit cerah and happening sikit. Bukan memilih, bak kata Sir Azzwan sedap sikit mata memandang! ok tak nak story  panjang2. BYE!



PUT YOUR LIPBALM TO COVER YOUR PALENESS!

λ

ASSALAMUALAIKUM!

Minggu ni, Sir AZZWAN buat kelainan sikit pasal entry blog. Dia create satu game, 1st come 1st serve. Pilih dari alphabet A-Z for entry, but class kiteorang ade 30 something, tak ingat yang lambat tu kena pilih αβΩλπ, Aku jenis someone yang malas nak perang, so aku pilih jela λ. λ ni aku pernah guna dalam mathematics waktu dekat matriculation dulu.Kalau tak silap λ ni ada dalam tajuk simultaneous equation ataupun dalam bahasa melayunya persamaan serentak. Aku ada buat research sikit pasal LAMBDA λ ni, Simbol λ ni bukan ada dalam mathematics je, ada dalam  subjek chemistry, physic , and programming. Kalau nak tahu lebih jelas boleh search on google at wikipedia.
InsyaAllah membantu. OK, persoalan terjawab, hehe.

PUT YOUR LIPBALM TO COVER YOUR PALENESS!

Thursday, 19 November 2015

TANGGUNGJAWAB

Assalamualaikum!

Tanggungjawab! Siapa yang takde tanggungjawab dalam dunia, even alam pun ada, nikan manusia mahluk yang paling lemah dalam muka bumi ini. Apa yang aku nak tekankan dalam entry kali ni, bila kita bekerja dengan orang lain, mestilah kena sama adil bagi commitment. Takkan nak harap sebelah pihak je. Bukan dalam hal ni je, even dalam family kita ada tanggungjawab masing-masing. Sebagai anak tak boleh nak serahkan segala-galanya terhadap ibubapa. Tolonglah apa yang patut, dorang dah stress kat tempat kerja, takkan nak bagi dorang stress dekat rumah jugak kan. Takkan asyik dorang je bagi happiness kat anak-anak, time nilah anak-anak perlu berbakti kat ibu bapa. Dengan haiwan dan tumbuhan kenalah jaga dengan rapi kasi makan, siram air ect. So, ambil beratlah terhadap tanggungjawab masing-masing.



PUT YOUR LIPBALM TO COVER YOUR PALENESS!

Emosi

Assalamualaikum!

Aku rasa minggu ni minggu paling emosi sepanjang aku di UKM. Banyak benda luar jangkaan yang berlaku. Kena denda lambat register exam la, kena ulang alik pergi PPA to canselori. Memang tertekan aku dibuatnya. Next, understanding with jiran sebelah pada hari yang samalah. Then, group member assignment tanak bagi commitmentla, so aku kena buat sorang. Exam yang tak pernah tenang untuk dijawab haha. Paling sadis, bila SIR Azzwan kecewa gila dengan behaviour class kiteorg. Kadang-kadang sebab nila setitik rosak susu sebelanga. Whatever it is, aku pasti semua yang berlaku ada hikmahnya. Untuk pengetahuan korang aku tak salahkan sesiapa dalam case, salah diri sendiri jugak, and itulah gunanya BELAJAR DARI KESILAPAN.




PUT YOUR LIPBALM TO COVER YOUR PALENESS!

Monday, 16 November 2015

Balik

assalamualaikum!

sampai dah aku kat UKM! Nasib baik bilik tak kucar kacir, sebab dah kemas awal-awal before balik rumah haritu! Sampai bilik roommate dah bentang fur carpert die tuh, memang tepat2 spot tidur aku. Nampak luas pulak bilik bila dah bentang carpet. MAsuk bilik kemas la baju2 yang tak berlipat tuh, keluarkan barang yang dipacking dari rumah. Habis kemas Maghrib, terus tidur.Sebab mulanya ingat esok ada exam math ingat nak bangun pagi study. Check Ifolio exam math dua hari lagi.whatever it is worthy jugak study awal2 tade nak gelabah last minutes.




PUT YOUR LIPBALM TO COVER YOUR PALENESS!

cuti

Assalamualaikum!

midsem cuti! Apa lagi part-time job la,even a week tak boleh membazir! Masuk2 kerja mostly  staf muka2 baru, even dorang tak percaya im 19 , kebanyakkan dorang 18 years old! Cuti ni tak pergi mane2 habis kerja terus spent time with family.A little bit  buzy cause I got 15days more to move another house! Banyak jugak barang2 yang nak dipunggah.Bile dah habis cuti kuranglah tenaga kerja nak packing barang yang berlambak tuh. Den pun tak tau cano ghoman rumah baru den,  haha tapi mak den kobar dokek dokek area situ je. Bila seminggu kat rumah susah pulak nak hilangkan loghat nogori den. Haha.Now, cuti dah habis, let work out for midterm exam.cuti tak sentuh buku langsung. Ok bye!


PUT YOUR LIPBALM TO COVER YOUR PALENESS!

Saturday, 7 November 2015

DUGAAN

ASSALAMUALAIKUM!

Hari ni 7 november 2015 banyak dugaan yang aku tempuhi. 1st lambat gile pergi kerja. On duty sepatutunya pukul 1pm aku masuk pukul 3.30pm. Nasib baik tak kena marah dengan manager. 2nd cari punya cari punya cari aku tak jumpa notebook aku, dalam tu semua nota pasal assignment for cuti ni. So , satu apah assignment pun aku tak dapat submit. 3rd, aku balik UKM semata-mata nak cari notebook tu lepas kerja tapi tak jumpa pun, Seriously penat. Now aku on my way balik rumah, sedang leka menaip train out of service. Ya Allah, banyak sangat dugaan yang kau bagi kat aku, nasib baik tak seberat mana, InsyaALLAH aku sempat submit assignment aku malam ni jugak!BYE



PUT YOUR LIPBALM TO COVER YOUR PALENESS!

nafsu

Assalamualaikum!

Nafsu, bila sampai dekat kaum hawa, kebanyakkan maksudnya perbelanjaan atau nama lainnya Shopping. Aku kalau nak bershoppee , selalunya tak ingat dunia sampai orang yang temankan pun giveup sakit kaki. Tapi aku tak boros, aku still boleh control apa yang perlu apa yang tak. Tapi bila sampai dekat bab makanan , maaf aku tak boleh control. Makanan kan buat apa nak control, tak membazir pun masuk perut jugak. Aku seorang yang pentingkan kualiti dan rupa, tak kisah bernilai mahal ke tak, as long benda tu boleh pakai lama and memuaskan. Pengajarannya, kalau nak bershopping tu berpada-padala ye kawan-kawan . Beli apayang perlu je k. BYE!

PUT YOUR LIPBALM TO COVER YOUR PALENESS!

Wednesday, 28 October 2015

Part-time

ASSALAMUALAIKUM!
Siapa ada pengalaman kerja separuh masa ni? Selalunya waktu habis SPM lah masa yang sesuai untuk buat part-time ni. Cari pengalaman and saving sikit untuk future. Macam aku nak habis tingkatan 4 dah buat part-time dah. Sebulan sebelum cuti, tak belajar pun, dah habis final kan nak tunggu result je, apa lagi cari duit la banyak. Aku kerja kat kedai baju, tapi tahan dua minggu ke aku kat situ. Sebab tak tahan kena maki(haha). Kelemahan aku paling ketara is lipat baju. Aku bukan someone yang detail so aku lipatla style aku lipat kat rumah. Pakdia memang kena basuh ngan bos kat situ. Tapi dari situlah aku baiki kelamahan aku, and sekarang aku dah boleh lipat baju, applause! Partime kedua aku buat, kerja kat kedai handphone, kerja kat situ ok, boss pun handsome, tapi bila time gaji tak puas hati, sikit gile. Banyak kena potong, time closing duit tak cukup tolak, salah masuk topup tolak! Matilanak hari-hari macam tu. Aku tahan sebulan je kat situ, much better lah dari sebelum ni. Kerja ketiga aku kerja kat Kilang MAC , aku tahan sehari je, penat gile, sebab time tu puasa 12hours kerja kena berdiri. Tapi best dapat kawan ngan Bangla kat situ, bila dengar dorang cakap malay, boleh hilang lapar aku(haha).Lastly, aku buat part-time kat A&w FRANCHISE, BEST! Aku masih bekerja kat situ, reason,view cantik, public holiday gaji triple, makan ditanggung! Bestla dari tak suka budak2 terus suka bila kerja kat sana.Last dapat ramai kawan.Bye


PUT YOUR LIPBALM TO COVER YOUR PALENESS!

Makanan

Assalamualaikum!

Bila sebut pasal makanan ni, aku prefer to western! Haha. Bukan berlagak Mat Salleh ok, kalau keluar jalan-jalan takkan nak makan nasi, hari-hari makan nasi so bila keluar nak something different, so my choice is western. Benda yang aku takkan makan is sushi(seumpama dengannya), Aku anti dengan benda alah tu. Pelik tengok dorang makan makanan Raw ni. Even aku fanatic K-POP ni, aku tak makan makanan dorang. Tak boleh masuk lah. Spaghetti, Pizza , Steak , Lasagna memang target aku kalau keluar. Teringat kawan aku suggest satu tempat kat KLCC. Kalau nak makan lasagna tulah tempat dia.Sometime kalau teringin nak makan sangat tapi tak dapat, apa lagi buatlah sendiri. Googlekan ada! Puas hati kalau buat sendiri, boleh suka hati nak letak apa, berapa banyak! Kalau berkesempatan nak buka bakery or café bila dah kaya nanti.(berangankuat)Bye


PUT YOUR LIPBALM TO COVER YOUR PALENESS!

Wednesday, 21 October 2015

EXAM!

Assalamualaikum!

 Pejam celik pejam celik nak masuk midsem dah. Bila sebut pasal midsem exam muncul di fikiran! Aku tak expect exam secepat ni memang different life in university with matriculation. Revision, dah buat ke belum(haha) aku dah start sikit tapi SIR AZZWAN cakap sikit tu banyak maknanye satu line,satu page,half page kira sikit jugak(aku satu page je, haha) Paper paling awal aku on 28 october subject PENGHANTAR PENGURUSAN, gile ke tak seminggu nak hafal half book tu, seminggu tu bukan nak hadap buku tu jeh, bamyak lagi buku and kerja lain nak hadap. Takpe tulah yang membezakan student university dengan orang lain. Ingat kita PENDAULAT AMANAH NEGARA(ni tak boleh bla) tapi slogan tulah pembakar semangat aku. Nak exam ni jagala hubungan kita dengan ALLAH, ibubapa, lecture,kawan2. Hari2 lain pun kena jaga jugakla. Sama2 lah kita achieve 4Flat ye kawan2.ALL THE BEST AND GOODLUCK GUYS!



PUT YOUR LIPBALM TO COVER YOUR PALENESS!

SESAL

Assalamualaikum!

     Bermulanya penghijrahan aku harini, InsyaAllah akan berkekalan. Sir Azzwan mesti mengexpectkan kiteorang post pasal Lab Test(haha). Tidak mungkinlah. Banyak lagi yang harus aku sesalkan. Di sini aku ingin berkongsi cerita. Cerita ni based on pengalaman aku sendiri, semalam aku seorang yang free hair dan aku memulakan penghijrahan aku today. Start nak berhijab bila doa dimakbulkan oleh Allah menang gold medal dalam SUKEM basketball. Dari situ terbukala pintu hidayahku untuk berhijab. Sebenarnya dari dulu lagi nak berhijab tapi banyak sangat halangan sekeliling aku. Alasan semua tuh boleh je bermuhasabah diri. Tapi bak kata Sir AZZWAN bila hati dah jadi hitam kesalahan diri sendiri pun tak nampak. Banyak lagi aku perlu pelajari sikit2 lama2 jadi bukitla. Pasal Lab Test tuh, aku tak sesal pun cause I'd try my best! Aku siap buat revision lagi tapi sepintas lalu je.(HAHA) Takpe try next time, sebab tulah orang cakap semoga hari esok lebih baik dari semalam.BYE!


PUT YOUR LIPBALM TO COVER YOUR PALENESS!

Wednesday, 14 October 2015

KTM

Assalamualaikum!

KTM stand for keretapi tanah melayu. Pertama kali aku naik KTM waktu usia aku 17 tahun. Masa tu kawan chinese aku ajak cuci-cuci mata pergi TS( Berjaya Times Square). Scene yang paling kelakar aku ingat ialah nak beli ticket ktm tapi hulur RM100 . Memang kena marahlah ngan Akak kaunter tu. Tapi sekarang tak payah beli ticket dah, Touch 'N Go sahaje (hehe) suke weh system sekarang, canggih. First ride merungut sebab lambat gile. Lame-lame tu siap boleh main chess dalam couch , korang pernah buat tak?(haha) . Bila aku berhijrah ke Perlis , aku selalu naik ktm ke Penang . Seronok, view memey  molek-molek blako. Tapi apa yang uniknya kat ktm perlis nih, Train dia from THAILAND memang ramaila foreigner dalam  tuh. Handsome semuanya. Mata biru, coklat, hijau apa kau nak semua ada.(haha). Lepas tu mula la dengar macam-macam loghat dalam tu and pekerja dalam tu akan wish sawadikap everytime dia bawa trolley . Alhamdulillah, setakat ni tak pernah sesat lagi.


PUT YOUR LIPBALM TO COVER YOUR PALENESS!

Beban

Assalamualaikum!

BEBAN! Aku lebih suka menggunakan perkataan burden(haha). Beban yang aku perlu tanggung ialah berat badan aku sendiri. Sir ni bagi tajuk extremly susah, sampai takde idea nak dicurahkan. Tapi korang selalu dengar orang lebih berat badan bila sebut pasal beban ni. Case aku pulak terkurang berat badan, bukan sebab diet or tak makan ke ape, memang sejak azali lagi. Aku seorang yang kuat makan, sometime 10 minit lepas makan, aku terasa lapar balik. Aku memang susah nak naikkan berat badan, mungkin faktor genetik. Even my Mak , Abah , Wan kurus kepeng. Kalau korang ingat orang kurus ni senang nak hidup, you totally wrong my dear. Bukti, tak lepas physical test hari tu for SUKSIS! BMI tak stable. Down jugakla aku sehari(hehe). So, korang amalkan pemakan yang sihat and balance ok. Jangan  jadi macam aku.


PUT YOUR LIPBALM TO COVER YOUR PALENESS!

Wednesday, 7 October 2015

BASKETBALL

Assalamualaikum!

      Anyone know basketball? You can find it on GOOGLE(search it) . A little bit explanation, a basketball is a worldwide sport. On Malaysia, we can compare it with netball sport, it kind a little bit same. But it totally different.My idol is MICHAEL JORDAN who is one of the player of basketball. Now, I was participating myself in Basketball club in KKM,UKM. Today, when I'm busy training in basketball, a ball hit my face.It hurt since I'm wearing spectacles. I got a swollen on my left's eye. What i'm trying to say is for the one who throw the ball she doesn't admit her false. She don't even ask a forgiveness nor a word. I'm trying to be calm before I'M exploding myself to her. 5 minutes later, my anger descend ,time by time I forget about the incident. I'm realize that I had lost my tempered.

Thank you!

PUT YOUR LIPBALM TO COVER YOUR PALENESS!

Tuesday, 6 October 2015

10.10

Assalamualaikum!

             Kembali ke masa lampau, 10.10.2015. Ketika ini aku merupakan sebahagian pelajar Kolej Matrikulasi Perlis, sebagai ahli jawatankuasa blok A2 (KOMSAS SITI FATIMAH) aku bersama AJK yang lain sibuk menyiapkan persiapan kolej untuk Larian Kakom. Larian Kakom merupakan larian untuk mempromosikan aktiviti KAKOM yang akan diadakan di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Kami memilih  "pirates" untuk dijadikan tema. Ketika ini, kami sibuk membuat costume dan cheers yang akan digunakan esok.

            Aku masih teringat, pada hari itu kami dan ahli blok bekerjasama menyiapkan poster bersama-sama
di bilik aktiviti blok A2. Kami juga tidak lepas tangan dalam memberi cadangan atau idea dalam menentukan cheers, salah satunya berbunyi begini " ARE YOU READY PIRATES, HYEP, HYEP KAPTEN!".Untuk makluman semua, cheers ini diadaptasi dari animasi spongebob(ketawa). Kesemua AJK blok tidak berpeluang untuk melelapkan mata pada malam itu. Keesokan harinya, kami tidak mendapat tempat di dalam pertandingan tersebut tetapi kami mendapat sebuah hasil dari kerjasama daripada semua ahli blok.

Terima Kasih.

PUT YOUR LIPBALM TO COVER YOUR PALENESS!

Thursday, 1 October 2015

Kelantan

Assalamualaikum!

Hai, bertemu kembali kita di Blogger , hari ni aku tak nak guna ayat novel;kita sembang biasa je. Bila sebut pasal Kelantan apa yang korang bayangkan. Ha, mestilah loghat kelantan yang pekat tukan. Pada mulanya aku seorang yang negatif bila ada orang sebut pasal kelantan. Haha, kenapa? Kata orang, lelaki kelantan ni pemalas, suka lepak kat kedai mamak sana, perempuan yang sibuk cari rezeki. Tapi tu dulu ,time zaman jahiliah dulu. Sekarang insyaallah dah takde. Tulah orang kata jangan takbur , kalau sebenci manapun kita kat sesuatu tu, suatu hari nanti kita akan suka juga.

    Sekarang aku mengaktifkan diri dalam kelab dikir barat UKM. Memang seronok dengar abe-abe kecek klate. Masa malam tunas puteri, aku dipilih untuk membuat persembahan. So , PC ni tanyala bakat aku apa.
Menari , menyanyi , berlakon bukan bidang aku. SO, aku cakap la bakat aku hanyalah menjerit, haha. Aku pun pilihla dikir barat.(Terkejut tak?) Don't judge a book by its cover! Aku juga cuba berjinak-jinak dengan loghat kelantan, best tau loghat kelantan ni, kelakar. Cuba imagin kalau orang nogori ngan orang klate bual, tak kelakar namenye tu. Aku belum diberi kesempatan untuk menjejakkan diri di bumi Kelantan. Kalau boleh nak sangat pergi, tapi kenalah tahu bahasa dorang dulu. Entry Kelantan ni muncul time aku kat cafe KKM pakai baju I <3 Kelantan. HAHA!

 PUT YOUR LIPBALM TO COVER YOUR PALENESS!

Mentor

   Assalamualaikum!
 
  Coretanku pada hari ini mengenai "Mentor" , beliau diberi gelaran Dr. Azryani . Aku hanya diberi kesempatan bertemu dengannya buat kali pertama selama 15 minit. Suasana pada masa itu agak tegang dan aku  hanya mempersoalkan masalahku di UKM. Pejam celik, pejam celik masa berlalu dengan pantas dan aku beredar dari kamarnya.

  Pertama kali ku menjejakkan kakiku ke kamarnya, aku mendapati beliau seorang yang gemar melancong. Banyak souvenir dari luar negara seperti Brazil , Paris , London , Melbourne dsb. Aku juga seorang traveller, jadi aku berniat untuk berkongsi minatku dengan beliau. Pada pandangan pertamaku beliau seorang yang tegas, Insyaallah pada post berikutnya aku akan menceritakan dengan lebih detail.

  Sewaktu aku melawatnya, beliau mepunyai seorang tetamu, jadi aku dipelawa untuk duduk bersebelahannya. Sementara menunggu temubualnya, aku memerhatikan perincian disetiap biliknya, aku mendapati sebuah foto berhampiran mejanya. Foto tersebut ialah gambar keluarganya di salah satu negara asing, aku mendapati beliau mempunyai suami dan dua orang puteri yang mirip dengan wajahnya. Bak kata pepatah, "ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi," Itu sahaja coretanku pada hari ini.

PUT YOUR LIPBALM TO COVERYOUR PALENESS!

Friday, 25 September 2015

SYAHIDA EDDIE

Assalamualaikum!
Nama diberi Nursyahida binti Abd Hadi. Aku dilahirkan di Hospital Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Di sini anda pasti keliru dengan "syahida eddie" yang tertera di atas. Kisahnya bermula sewaktu aku di tingkatan satu. Salah seorang guruku menyuruh semua pelajar 1 Shafie membuka satu akaun GOOGLE. Aku seorang yang buta IT. Lalu aku menyuruh rakanku (Farhana) untuk membuatnya. Sahabatku ni seorang yang obseskan pengaruh barat. Dia meletakkan emailku sebegini, syahidaeddie@gmail.com. Semejak hari tu,
hampir semua kelasku menggelarkan aku syahida eddie.
        Di Facebook, Twitter , Istagram , Gmail , WEchat aku memperkenalkan namaku dengan Syahida Eddie, bukan nak berlagak sebagai "mat salleh" tetapi dengan nama itulah rakan-rakanku mengenalku.
Di kampungku , saudara maraku memanggil ayahku dengan gelaran "eddie!" Selain ayah, seorang bapa saudaraku bernama HADI, untuk mengelakkan berlaku kekeliruan nama "eddie" diwujudkan. Disebabkan kebiasaan aku mengekalkan nama Syahida Eddie! Bak kata pepatah "Alah bisa tegal biasa," Sir AZZWAN sering menggunakan pepatah di dalam class, kini aku menyedari fungsinya.

Assalamualaikum!

PUT YOUR LIPBALM TO COVER YOUR PALENESS!

OBSES

Pertama kalinya ku menjejakkan diriku di BLOGGER, aku hanyalah seorang 'amateur' yang masih memerlukan tunjuk ajar. Blog ini dicipta di atas kehendak pensyarahku SIR AZZWAN. Tugasan pertamaku,
bertajuk "obses". Obses dengan kata lainnya taksub. Apa yang ditaksubkan atau diobseskan?
       Kucing!(ketawa). Aku seorang penggemar kucing atau obseskan kucing. Aku telah dididik sejak dari kecil oleh ibubapa dengan menyayangi kucing. Mungkin ada segelintir anda yang tidak menggemari kucing, apa salahnya. Cuma aku benci melihat manusia yang menzalimi kucing, bukan sahaja kucing malahan haiwan lain. Pernah sekali , semasa di Matrikulasi,Perlis, seorang lelaki di cafeteria menyepak kucing. " Kalau kucing tu mak kau, kena sepak , ape kau rasa?". Lalu lelaki itu beredar dengan perasaan malu.
       Sekarang aku melanjutkan pelajaranku di Universiti Kebangsaan Malaysia peringkat Ijazah sarjana muda tahun pertama. Aku ditempatkan di Kolej Keris Mas, peraturan yang terpaksa aku akur, ialah dilarang membela haiwan. Tetapi , aku bernasib baik kerana "ade je kucing kat bawah blok tu!" Akhir kata, aku berharap tiada lagi manusia yang memperlakukan haiwan dengan kejam.

Assalamualaikum!

PUT YOUR LIPBALM TO COVER YOUR PALENESS!