Assalamualaikum!
Coretanku pada hari ini mengenai "Mentor" , beliau diberi gelaran Dr. Azryani . Aku hanya diberi kesempatan bertemu dengannya buat kali pertama selama 15 minit. Suasana pada masa itu agak tegang dan aku hanya mempersoalkan masalahku di UKM. Pejam celik, pejam celik masa berlalu dengan pantas dan aku beredar dari kamarnya.
Pertama kali ku menjejakkan kakiku ke kamarnya, aku mendapati beliau seorang yang gemar melancong. Banyak souvenir dari luar negara seperti Brazil , Paris , London , Melbourne dsb. Aku juga seorang traveller, jadi aku berniat untuk berkongsi minatku dengan beliau. Pada pandangan pertamaku beliau seorang yang tegas, Insyaallah pada post berikutnya aku akan menceritakan dengan lebih detail.
Sewaktu aku melawatnya, beliau mepunyai seorang tetamu, jadi aku dipelawa untuk duduk bersebelahannya. Sementara menunggu temubualnya, aku memerhatikan perincian disetiap biliknya, aku mendapati sebuah foto berhampiran mejanya. Foto tersebut ialah gambar keluarganya di salah satu negara asing, aku mendapati beliau mempunyai suami dan dua orang puteri yang mirip dengan wajahnya. Bak kata pepatah, "ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi," Itu sahaja coretanku pada hari ini.
PUT YOUR LIPBALM TO COVERYOUR PALENESS!
No comments:
Post a Comment