Pertama kalinya ku menjejakkan diriku di BLOGGER, aku hanyalah
seorang 'amateur' yang masih memerlukan tunjuk ajar. Blog ini dicipta di
atas kehendak pensyarahku SIR AZZWAN. Tugasan pertamaku,
bertajuk "obses". Obses dengan kata lainnya taksub. Apa yang ditaksubkan atau diobseskan?
Kucing!(ketawa). Aku seorang penggemar kucing atau obseskan
kucing. Aku telah dididik sejak dari kecil oleh ibubapa dengan
menyayangi kucing. Mungkin ada segelintir anda yang tidak menggemari
kucing, apa salahnya. Cuma aku benci melihat manusia yang menzalimi
kucing, bukan sahaja kucing malahan haiwan lain. Pernah sekali , semasa
di Matrikulasi,Perlis, seorang lelaki di cafeteria menyepak kucing. "
Kalau kucing tu mak kau, kena sepak , ape kau rasa?". Lalu lelaki itu
beredar dengan perasaan malu.
Sekarang aku melanjutkan
pelajaranku di Universiti Kebangsaan Malaysia peringkat Ijazah sarjana
muda tahun pertama. Aku ditempatkan di Kolej Keris Mas, peraturan yang
terpaksa aku akur, ialah dilarang membela haiwan. Tetapi , aku bernasib
baik kerana "ade je kucing kat bawah blok tu!" Akhir kata, aku berharap
tiada lagi manusia yang memperlakukan haiwan dengan kejam.
Assalamualaikum!
PUT YOUR LIPBALM TO COVER YOUR PALENESS!
No comments:
Post a Comment