Tuesday, 6 October 2015

10.10

Assalamualaikum!

             Kembali ke masa lampau, 10.10.2015. Ketika ini aku merupakan sebahagian pelajar Kolej Matrikulasi Perlis, sebagai ahli jawatankuasa blok A2 (KOMSAS SITI FATIMAH) aku bersama AJK yang lain sibuk menyiapkan persiapan kolej untuk Larian Kakom. Larian Kakom merupakan larian untuk mempromosikan aktiviti KAKOM yang akan diadakan di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Kami memilih  "pirates" untuk dijadikan tema. Ketika ini, kami sibuk membuat costume dan cheers yang akan digunakan esok.

            Aku masih teringat, pada hari itu kami dan ahli blok bekerjasama menyiapkan poster bersama-sama
di bilik aktiviti blok A2. Kami juga tidak lepas tangan dalam memberi cadangan atau idea dalam menentukan cheers, salah satunya berbunyi begini " ARE YOU READY PIRATES, HYEP, HYEP KAPTEN!".Untuk makluman semua, cheers ini diadaptasi dari animasi spongebob(ketawa). Kesemua AJK blok tidak berpeluang untuk melelapkan mata pada malam itu. Keesokan harinya, kami tidak mendapat tempat di dalam pertandingan tersebut tetapi kami mendapat sebuah hasil dari kerjasama daripada semua ahli blok.

Terima Kasih.

PUT YOUR LIPBALM TO COVER YOUR PALENESS!

No comments:

Post a Comment