Wednesday, 28 October 2015

Part-time

ASSALAMUALAIKUM!
Siapa ada pengalaman kerja separuh masa ni? Selalunya waktu habis SPM lah masa yang sesuai untuk buat part-time ni. Cari pengalaman and saving sikit untuk future. Macam aku nak habis tingkatan 4 dah buat part-time dah. Sebulan sebelum cuti, tak belajar pun, dah habis final kan nak tunggu result je, apa lagi cari duit la banyak. Aku kerja kat kedai baju, tapi tahan dua minggu ke aku kat situ. Sebab tak tahan kena maki(haha). Kelemahan aku paling ketara is lipat baju. Aku bukan someone yang detail so aku lipatla style aku lipat kat rumah. Pakdia memang kena basuh ngan bos kat situ. Tapi dari situlah aku baiki kelamahan aku, and sekarang aku dah boleh lipat baju, applause! Partime kedua aku buat, kerja kat kedai handphone, kerja kat situ ok, boss pun handsome, tapi bila time gaji tak puas hati, sikit gile. Banyak kena potong, time closing duit tak cukup tolak, salah masuk topup tolak! Matilanak hari-hari macam tu. Aku tahan sebulan je kat situ, much better lah dari sebelum ni. Kerja ketiga aku kerja kat Kilang MAC , aku tahan sehari je, penat gile, sebab time tu puasa 12hours kerja kena berdiri. Tapi best dapat kawan ngan Bangla kat situ, bila dengar dorang cakap malay, boleh hilang lapar aku(haha).Lastly, aku buat part-time kat A&w FRANCHISE, BEST! Aku masih bekerja kat situ, reason,view cantik, public holiday gaji triple, makan ditanggung! Bestla dari tak suka budak2 terus suka bila kerja kat sana.Last dapat ramai kawan.Bye


PUT YOUR LIPBALM TO COVER YOUR PALENESS!

Makanan

Assalamualaikum!

Bila sebut pasal makanan ni, aku prefer to western! Haha. Bukan berlagak Mat Salleh ok, kalau keluar jalan-jalan takkan nak makan nasi, hari-hari makan nasi so bila keluar nak something different, so my choice is western. Benda yang aku takkan makan is sushi(seumpama dengannya), Aku anti dengan benda alah tu. Pelik tengok dorang makan makanan Raw ni. Even aku fanatic K-POP ni, aku tak makan makanan dorang. Tak boleh masuk lah. Spaghetti, Pizza , Steak , Lasagna memang target aku kalau keluar. Teringat kawan aku suggest satu tempat kat KLCC. Kalau nak makan lasagna tulah tempat dia.Sometime kalau teringin nak makan sangat tapi tak dapat, apa lagi buatlah sendiri. Googlekan ada! Puas hati kalau buat sendiri, boleh suka hati nak letak apa, berapa banyak! Kalau berkesempatan nak buka bakery or café bila dah kaya nanti.(berangankuat)Bye


PUT YOUR LIPBALM TO COVER YOUR PALENESS!

Wednesday, 21 October 2015

EXAM!

Assalamualaikum!

 Pejam celik pejam celik nak masuk midsem dah. Bila sebut pasal midsem exam muncul di fikiran! Aku tak expect exam secepat ni memang different life in university with matriculation. Revision, dah buat ke belum(haha) aku dah start sikit tapi SIR AZZWAN cakap sikit tu banyak maknanye satu line,satu page,half page kira sikit jugak(aku satu page je, haha) Paper paling awal aku on 28 october subject PENGHANTAR PENGURUSAN, gile ke tak seminggu nak hafal half book tu, seminggu tu bukan nak hadap buku tu jeh, bamyak lagi buku and kerja lain nak hadap. Takpe tulah yang membezakan student university dengan orang lain. Ingat kita PENDAULAT AMANAH NEGARA(ni tak boleh bla) tapi slogan tulah pembakar semangat aku. Nak exam ni jagala hubungan kita dengan ALLAH, ibubapa, lecture,kawan2. Hari2 lain pun kena jaga jugakla. Sama2 lah kita achieve 4Flat ye kawan2.ALL THE BEST AND GOODLUCK GUYS!



PUT YOUR LIPBALM TO COVER YOUR PALENESS!

SESAL

Assalamualaikum!

     Bermulanya penghijrahan aku harini, InsyaAllah akan berkekalan. Sir Azzwan mesti mengexpectkan kiteorang post pasal Lab Test(haha). Tidak mungkinlah. Banyak lagi yang harus aku sesalkan. Di sini aku ingin berkongsi cerita. Cerita ni based on pengalaman aku sendiri, semalam aku seorang yang free hair dan aku memulakan penghijrahan aku today. Start nak berhijab bila doa dimakbulkan oleh Allah menang gold medal dalam SUKEM basketball. Dari situ terbukala pintu hidayahku untuk berhijab. Sebenarnya dari dulu lagi nak berhijab tapi banyak sangat halangan sekeliling aku. Alasan semua tuh boleh je bermuhasabah diri. Tapi bak kata Sir AZZWAN bila hati dah jadi hitam kesalahan diri sendiri pun tak nampak. Banyak lagi aku perlu pelajari sikit2 lama2 jadi bukitla. Pasal Lab Test tuh, aku tak sesal pun cause I'd try my best! Aku siap buat revision lagi tapi sepintas lalu je.(HAHA) Takpe try next time, sebab tulah orang cakap semoga hari esok lebih baik dari semalam.BYE!


PUT YOUR LIPBALM TO COVER YOUR PALENESS!

Wednesday, 14 October 2015

KTM

Assalamualaikum!

KTM stand for keretapi tanah melayu. Pertama kali aku naik KTM waktu usia aku 17 tahun. Masa tu kawan chinese aku ajak cuci-cuci mata pergi TS( Berjaya Times Square). Scene yang paling kelakar aku ingat ialah nak beli ticket ktm tapi hulur RM100 . Memang kena marahlah ngan Akak kaunter tu. Tapi sekarang tak payah beli ticket dah, Touch 'N Go sahaje (hehe) suke weh system sekarang, canggih. First ride merungut sebab lambat gile. Lame-lame tu siap boleh main chess dalam couch , korang pernah buat tak?(haha) . Bila aku berhijrah ke Perlis , aku selalu naik ktm ke Penang . Seronok, view memey  molek-molek blako. Tapi apa yang uniknya kat ktm perlis nih, Train dia from THAILAND memang ramaila foreigner dalam  tuh. Handsome semuanya. Mata biru, coklat, hijau apa kau nak semua ada.(haha). Lepas tu mula la dengar macam-macam loghat dalam tu and pekerja dalam tu akan wish sawadikap everytime dia bawa trolley . Alhamdulillah, setakat ni tak pernah sesat lagi.


PUT YOUR LIPBALM TO COVER YOUR PALENESS!

Beban

Assalamualaikum!

BEBAN! Aku lebih suka menggunakan perkataan burden(haha). Beban yang aku perlu tanggung ialah berat badan aku sendiri. Sir ni bagi tajuk extremly susah, sampai takde idea nak dicurahkan. Tapi korang selalu dengar orang lebih berat badan bila sebut pasal beban ni. Case aku pulak terkurang berat badan, bukan sebab diet or tak makan ke ape, memang sejak azali lagi. Aku seorang yang kuat makan, sometime 10 minit lepas makan, aku terasa lapar balik. Aku memang susah nak naikkan berat badan, mungkin faktor genetik. Even my Mak , Abah , Wan kurus kepeng. Kalau korang ingat orang kurus ni senang nak hidup, you totally wrong my dear. Bukti, tak lepas physical test hari tu for SUKSIS! BMI tak stable. Down jugakla aku sehari(hehe). So, korang amalkan pemakan yang sihat and balance ok. Jangan  jadi macam aku.


PUT YOUR LIPBALM TO COVER YOUR PALENESS!

Wednesday, 7 October 2015

BASKETBALL

Assalamualaikum!

      Anyone know basketball? You can find it on GOOGLE(search it) . A little bit explanation, a basketball is a worldwide sport. On Malaysia, we can compare it with netball sport, it kind a little bit same. But it totally different.My idol is MICHAEL JORDAN who is one of the player of basketball. Now, I was participating myself in Basketball club in KKM,UKM. Today, when I'm busy training in basketball, a ball hit my face.It hurt since I'm wearing spectacles. I got a swollen on my left's eye. What i'm trying to say is for the one who throw the ball she doesn't admit her false. She don't even ask a forgiveness nor a word. I'm trying to be calm before I'M exploding myself to her. 5 minutes later, my anger descend ,time by time I forget about the incident. I'm realize that I had lost my tempered.

Thank you!

PUT YOUR LIPBALM TO COVER YOUR PALENESS!

Tuesday, 6 October 2015

10.10

Assalamualaikum!

             Kembali ke masa lampau, 10.10.2015. Ketika ini aku merupakan sebahagian pelajar Kolej Matrikulasi Perlis, sebagai ahli jawatankuasa blok A2 (KOMSAS SITI FATIMAH) aku bersama AJK yang lain sibuk menyiapkan persiapan kolej untuk Larian Kakom. Larian Kakom merupakan larian untuk mempromosikan aktiviti KAKOM yang akan diadakan di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Kami memilih  "pirates" untuk dijadikan tema. Ketika ini, kami sibuk membuat costume dan cheers yang akan digunakan esok.

            Aku masih teringat, pada hari itu kami dan ahli blok bekerjasama menyiapkan poster bersama-sama
di bilik aktiviti blok A2. Kami juga tidak lepas tangan dalam memberi cadangan atau idea dalam menentukan cheers, salah satunya berbunyi begini " ARE YOU READY PIRATES, HYEP, HYEP KAPTEN!".Untuk makluman semua, cheers ini diadaptasi dari animasi spongebob(ketawa). Kesemua AJK blok tidak berpeluang untuk melelapkan mata pada malam itu. Keesokan harinya, kami tidak mendapat tempat di dalam pertandingan tersebut tetapi kami mendapat sebuah hasil dari kerjasama daripada semua ahli blok.

Terima Kasih.

PUT YOUR LIPBALM TO COVER YOUR PALENESS!

Thursday, 1 October 2015

Kelantan

Assalamualaikum!

Hai, bertemu kembali kita di Blogger , hari ni aku tak nak guna ayat novel;kita sembang biasa je. Bila sebut pasal Kelantan apa yang korang bayangkan. Ha, mestilah loghat kelantan yang pekat tukan. Pada mulanya aku seorang yang negatif bila ada orang sebut pasal kelantan. Haha, kenapa? Kata orang, lelaki kelantan ni pemalas, suka lepak kat kedai mamak sana, perempuan yang sibuk cari rezeki. Tapi tu dulu ,time zaman jahiliah dulu. Sekarang insyaallah dah takde. Tulah orang kata jangan takbur , kalau sebenci manapun kita kat sesuatu tu, suatu hari nanti kita akan suka juga.

    Sekarang aku mengaktifkan diri dalam kelab dikir barat UKM. Memang seronok dengar abe-abe kecek klate. Masa malam tunas puteri, aku dipilih untuk membuat persembahan. So , PC ni tanyala bakat aku apa.
Menari , menyanyi , berlakon bukan bidang aku. SO, aku cakap la bakat aku hanyalah menjerit, haha. Aku pun pilihla dikir barat.(Terkejut tak?) Don't judge a book by its cover! Aku juga cuba berjinak-jinak dengan loghat kelantan, best tau loghat kelantan ni, kelakar. Cuba imagin kalau orang nogori ngan orang klate bual, tak kelakar namenye tu. Aku belum diberi kesempatan untuk menjejakkan diri di bumi Kelantan. Kalau boleh nak sangat pergi, tapi kenalah tahu bahasa dorang dulu. Entry Kelantan ni muncul time aku kat cafe KKM pakai baju I <3 Kelantan. HAHA!

 PUT YOUR LIPBALM TO COVER YOUR PALENESS!

Mentor

   Assalamualaikum!
 
  Coretanku pada hari ini mengenai "Mentor" , beliau diberi gelaran Dr. Azryani . Aku hanya diberi kesempatan bertemu dengannya buat kali pertama selama 15 minit. Suasana pada masa itu agak tegang dan aku  hanya mempersoalkan masalahku di UKM. Pejam celik, pejam celik masa berlalu dengan pantas dan aku beredar dari kamarnya.

  Pertama kali ku menjejakkan kakiku ke kamarnya, aku mendapati beliau seorang yang gemar melancong. Banyak souvenir dari luar negara seperti Brazil , Paris , London , Melbourne dsb. Aku juga seorang traveller, jadi aku berniat untuk berkongsi minatku dengan beliau. Pada pandangan pertamaku beliau seorang yang tegas, Insyaallah pada post berikutnya aku akan menceritakan dengan lebih detail.

  Sewaktu aku melawatnya, beliau mepunyai seorang tetamu, jadi aku dipelawa untuk duduk bersebelahannya. Sementara menunggu temubualnya, aku memerhatikan perincian disetiap biliknya, aku mendapati sebuah foto berhampiran mejanya. Foto tersebut ialah gambar keluarganya di salah satu negara asing, aku mendapati beliau mempunyai suami dan dua orang puteri yang mirip dengan wajahnya. Bak kata pepatah, "ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi," Itu sahaja coretanku pada hari ini.

PUT YOUR LIPBALM TO COVERYOUR PALENESS!