Assalamualaikum!
Nama diberi Nursyahida binti Abd Hadi. Aku dilahirkan di Hospital Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Di sini anda pasti keliru dengan "syahida eddie" yang tertera di atas. Kisahnya bermula sewaktu aku di tingkatan satu. Salah seorang guruku menyuruh semua pelajar 1 Shafie membuka satu akaun GOOGLE. Aku seorang yang buta IT. Lalu aku menyuruh rakanku (Farhana) untuk membuatnya. Sahabatku ni seorang yang obseskan pengaruh barat. Dia meletakkan emailku sebegini, syahidaeddie@gmail.com. Semejak hari tu,
hampir semua kelasku menggelarkan aku syahida eddie.
Di Facebook, Twitter , Istagram , Gmail , WEchat aku memperkenalkan namaku dengan Syahida Eddie, bukan nak berlagak sebagai "mat salleh" tetapi dengan nama itulah rakan-rakanku mengenalku.
Di kampungku , saudara maraku memanggil ayahku dengan gelaran "eddie!" Selain ayah, seorang bapa saudaraku bernama HADI, untuk mengelakkan berlaku kekeliruan nama "eddie" diwujudkan. Disebabkan kebiasaan aku mengekalkan nama Syahida Eddie! Bak kata pepatah "Alah bisa tegal biasa," Sir AZZWAN sering menggunakan pepatah di dalam class, kini aku menyedari fungsinya.
Assalamualaikum!
PUT YOUR LIPBALM TO COVER YOUR PALENESS!
Friday, 25 September 2015
OBSES
Pertama kalinya ku menjejakkan diriku di BLOGGER, aku hanyalah
seorang 'amateur' yang masih memerlukan tunjuk ajar. Blog ini dicipta di
atas kehendak pensyarahku SIR AZZWAN. Tugasan pertamaku,
bertajuk "obses". Obses dengan kata lainnya taksub. Apa yang ditaksubkan atau diobseskan?
Kucing!(ketawa). Aku seorang penggemar kucing atau obseskan kucing. Aku telah dididik sejak dari kecil oleh ibubapa dengan menyayangi kucing. Mungkin ada segelintir anda yang tidak menggemari kucing, apa salahnya. Cuma aku benci melihat manusia yang menzalimi kucing, bukan sahaja kucing malahan haiwan lain. Pernah sekali , semasa di Matrikulasi,Perlis, seorang lelaki di cafeteria menyepak kucing. " Kalau kucing tu mak kau, kena sepak , ape kau rasa?". Lalu lelaki itu beredar dengan perasaan malu.
Sekarang aku melanjutkan pelajaranku di Universiti Kebangsaan Malaysia peringkat Ijazah sarjana muda tahun pertama. Aku ditempatkan di Kolej Keris Mas, peraturan yang terpaksa aku akur, ialah dilarang membela haiwan. Tetapi , aku bernasib baik kerana "ade je kucing kat bawah blok tu!" Akhir kata, aku berharap tiada lagi manusia yang memperlakukan haiwan dengan kejam.

Subscribe to:
Comments (Atom)